Antara syarikat yang menandatangani MoU terbabit ialah Sacofa Sdn. Bhd. de­ngan PT Super Sistem Ultima dari Indonesia yang menjalin kerjasama dalam penggunaan talian fiber optik bawah laut menghubungkan Borneo ke tanah besar Asia di Mersing, Johor yang kemudiannya bersambung di Singapura dan Batam, Indonesia.
   Malaysia Shaanxi Business Council (Malaysia) dan Shaanxi Halal Food Chamber of Commerce (China) bekerjasama untuk mempromosikan syarikat halal yang berpangkalan di China kepada rakyat Malaysia. Algaetech International Sdn. Bhd. (Malaysia) dan Felcra Berhad yang menjalinkan kerjasama dalam pembangunan produk bernilai tinggi untuk dijadikan makanan tambahan. Selain syarikat dari Indonesia, China dan Malaysia, turut menandatangani MoU tersebut ialah syarikat dari Kanada dan Amerika Syarikat.
   Majlis pertukaran MoU membabitkan 16 syarikat tersebut telah berlangsung dan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) di sini, hari ini. Yang turut hadir, Pengerusi WIEF, Tun Musa Hitam dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merangkap Pengerusi Bersama WIEF ke-13.
   Bagi tempoh lima tahun lalu, WIEF telah membantu mendapatkan dagangan daripada pelbagai sektor industri dalam kalangan Muslim dan bukan Muslim berjumlah RM53.9 bilion